Sunday, June 21, 2009

Istimewanya Kaum Hawa..

Bismillahirrrahmanirrahim..



Sedikit perkongsian yg ingin dinukilkan dalam ruangan kali ni, dipetik daripada sebuah buku tulisan Ust Munif Ahmad(hijjaz) , "Riwayat Bidadari Syurga"..

"Sekadar renungan buat insan yg bergelar wanita..
Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita..
Betapa bertuahnya menjadi wanita..
Bersyukurlah kerana menjadi wanita.."

Hmm.. banyak keistimewaan para wanita ni rupanya..Antara yang patut kalian tahu wahai muslimah sekalian..

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana lebih penyayang dari lelaki. Sabda Rasulullah s.a.w..

"Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.."

2. Wanita solehah lebih baik daripada 1000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang wali

4. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh.

5. Sesiapa yang bersikap ihsan dan mendidik anak perempuan atau saudara perempuannya dengan penuh rasa taqwa dan tanggungjawab, maka baginya syurga..

6. Daripada Aisyah r.a :

"Sesiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.."

7. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu..

8. Apabila 2 orang ibubapamu memanggilmu, maka jawablah panggilan si ibu yangg tercinta dahulu..

9. Dari Hazrat Muaz: Mana-mana wanita yang berdiri di atas 2 kakinya dan menyediakan makanan untuk suaminya sehingga muka dan tangannya kepanasan dek api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

10. Thabit Al Banani berkata: "Seorang wanita bani israel yang buta sebelah matanya sangat baik terhadap suaminya. Dia menjadi pelita bagi si suami pabila menghidangkan makanan di hadapan suaminya dan dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu. Maka dia menjadikan rambutnya sebagai sumbu pelita. Pada keesokan harinya, matanya yang buta telah celik. Allah swt mengurniakan kemuliaan kepadanya itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya.."

Subhanallah...

11. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w keluar mengiringi jenazah. Baginda mendapati beberapa orang wanita di dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya,

"Adakah kamu menyembahyangkan mayat?"

Jawab mereka, "Tidak."

Lalu baginda bersabda,

"Seeloknya kamu sekalian tidak perlu menziarahi jenazah kerana tidak ada pahala bagimu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.."

Hmm.. Untungnya kaum hawa ni.. Dengan mudah je Allah nak kasi pahala..

12. Seorang wanita yang menguli tepung dengan membaca "Bismillah..", maka rezkinya akan diberkati Allah swt..

13. Seorang wanita yang menyapu lantai dengan berzikir kepada Allah swt akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.

14. Sabda Rasulullah s.a.w..

"Wahai Fatimah, setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka. Jarak di antara parit itu adalah sejauh langit dan bumi.."

MasyaAllah.. Sungguh beruntung wanita solehah..

15. Sabda Rasulullah lagi..

"Wahai Fatimah, setiap wanita yang memintal benang akan dicatatkan oleh Allah swt perbuatan baik untuknya sebanyak utas benang yang dipintalnya dan memadamkan 100 perbuatan jahatnya.."

16. Sabda Rasulullah s.a.w..

"Wahai Fatimah, setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatkannya, mencuci pakaian mereka dan memandikan mereka, akan dicatatkan oleh Allah swt untuknya pekerjaan baik sebanyak helaian rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat mereka dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.."



Oleh itu, wahai saudariku, bersama-samalah kita memperbaiki diri menuju redhaNya..
Sungguh, Mulia kedudukan wanita solehah di sisi Allah..

Salam sayang buat muslimah solehah..
Salam Mujahadah..

No comments:

Post a Comment